Friday, November 12, 2010

Konfesi


Konfesi

Aku tak mampu, aku tahu
Menjadi seseorang yang kau mahu
Aku tahu aku bukan idealmu
Kerna kau mahukan begitu
Biar kita teruskan begini
Selagi kau ada masa menemani
Kerna aku takut saat tiba
Bila aku mengundang duka
Dan aku tak mahu
Menjadi sebab kau menangis lagi

Aku tak mampu, aku tahu
Menjadi insan menyambut tanganmu
Terlalu jauh ingatan itu
Untuk seseorang seperti aku
Dan biar kita terus begini
Selagi aku masih di sini
Kerna aku takut saatnya nanti
Bila kau memilih jalan sendiri
Dan aku hanya mampu
Menangisi keputusan ini

Biar ia seperti sekarang
Dari kejauhan aku memandang
Mengimbau sejauh kenangan
Yang tidak pernah kehilangan walau sesaat
Untuk kau
Yang tak pernah gagal pulang
Setiap kali rindu mendatang
Dan aku terus berlakon
Seolah aku tak kisah
Seolah hati ini tiada berdarah
Walau aku amat ingin walau sekali
Melihat kau tersenyum padaku
Setiap saat dan waktu

Dan aku takkan mampu
Menghadapi tiba masanya nanti
Bila aku gagal buat pertama kali
Membahagiakanmu seperti hari ini


--rad--