Sunday, March 21, 2010

kembali (dalam hujan)


hari ini, aku kembali ke tempat yang sudah lama tak dikunjungi..
bukan dalam rancangan..tapi mungkin takdir..

pekan sepi yang lama tak berubah..warna-warna yang lama tak terserlah..
aku kembali hari ini..di bawah terik mentari..
dan dibanjiri memori..

lapan tahun adalah jangkamasa yang lama.
sesetengah tak pernah berubah

mungkin kerana itu hujan lebat turun ketika aku pulang..
dan memang segar berjalan dalam hujan..
dengan bekalan panggilan telefon yang dilupakan..

sumpah aku tiada memori itu..

Tuesday, March 2, 2010

Suatu hari Isnin


Dan apabila aku menghadapi kesesakan sebelum matahari terbit. Berasak-asak dalam keretapi sempit. Berjalan di kala hujan rintik-rintik.

Satu-satu wajah, berlalu umpama hantu, tetapi aku ternampak wajah kamu.

kamu..