Merdeka datang lagi untuk kali ke 53. Semua tahu perkara ini, sekurang-kurangnya untuk bulan ini kerana di radio, internet, dan tv terpampang kata-kata penuh semangat menyeru semua rakyat merebut semangat 'pejuang-pejuang' kemerdekaan tanah air.
Semua rakyat ingat scene Tunku Abdul Rahman memekik Merdeka! sebanyak tujuh kali di Padang Kelab Selangor,sekurang-kurangnya untuk bulan ini kerana dipaparkan PSA-PSA dan difoward-kan link-link oleh rakan-rakan yang bersemangat kenegaraan yang tinggi di laman-laman sosial yang disertai.
Semua tahun lirik lagu Sudirman yang menyatakan tarikh keramat bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera 11 Jalur merah putih federasi Malaya kerana disajikan setiap tahun bersama PSA-PSA dan pelbagai lagi wadah bagi mengingatkan anak muda tentang perjuangan mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara.
Kerana keberkesanan kempen-kempen ini, setiap tahun, anak-anak muda berkumpul di Dataran Merdeka dan pelbagai tempat awam sambil meletakkan Jalur Gemilang di motor dan kereta mereka hanya untuk memekik merdeka tepat jam 12 malam.
Hanya untuk ini?
Malam merdeka ini, aku bersama seorang sahabat di sebuah restoran makanan segera yang mendapat sijil halal dari JAKIM untuk bersantap burger dan kentang goreng.
Tempat yang (selalunya) secara relatif tenang ini tiba-tiba dikejutkan dengan deruan enjin dua dan empat lejang berkapasiti rendah tapi berfrekuensi tinggi, cukup memekakkan telinga setiap manusia yang berada di situ.
Hampir dua puluh anak muda bersemangat patriotik memanipulasikan throttle motosikal mereka tanpa diketahui tujuannya kecuali supaya dipandang oleh semua hadirin yang berada di situ.
Kemudian setelah beberapa minit, mereka pergi meninggalkan restoran dengan asap dan aksi yang dilakukan oleh Max Biaggi atau Valentino Rossi setiap kali menang perlumbaan MotoGP dunia.
Pada pendapat aku mereka lebih hebat dari jaguh itu kerana mereka tidak perlu mengalahkan beberapa puluh penunggang lain di litar untuk melakukan sebegitu dan jika Rossi mengibarkan bendera hitam putih tanda menang perlumbaan mereka menggangtungkan Jalur Gemilang dengan megah di motosikal mereka.
Tidak sampai beberapa minit mereka lepas, sebelum sempat hadirin makan dengan tenang, satu lagi kumpulan melakukan aksi sama di situ.
Dan ini berlarutan sepanjang satu jam setengah aku berada di situ sambil bersedia membaling suku dari double cheeseburger aku jikalau mereka melangkaui batas dan melanggar para penjalan kaki dan pengunjung restoran. (Dan aku yakin aku tak sendirian dalam memikirkan idea ini)
Yang menariknya, demografi kumpulan-kumpulan ini seakan sama. Berbangsa Melayu, beragama Islam, bermotosikal, berumur serupa.
Dan aku suka jika mereka bersemangat patriotik dan cintakan negara, kita perlukan orang seperti mereka.
Pernah dulu, aku mewawancara rambang mereka di malam ambang merdeka kerana golongan ini memenuhi kawasan Dataran Merdeka di waktu dinihari itu.
Mereka memang berfikiran sehati sejiwa kerana memberi jawatan yang hampir sama pada setiap soalan yang aku anjurkan kepada lebih 30 daripada mereka.
"Kenapa datang sini?"
"Sambut merdeka-lah bang"
"Apa erti Merdeka?"
"Bebas dari penjajah!"
"Penjajah dari mana?"
"penjajah bangsa asing."
"Siapa bapa kemerdekaan?"
"Tunku Abdul Rahman"
"Tarikh Malaysia Merdeka?"
" 31 Ogos er...(selepas berbincang atau menyanyi semula lagu sudirman)...57"
"Bila tarikh Malaysia dibentuk?"
"31 Ogos 1957!..eh malaysia ek..err 196.."
"Bangga tak jadi anak Malaysia?"
"Bangga sangat sebab negara kita maju"
"Apa sumbangan yang boleh anda berikan kepada negara?"
"Saya akan pertahankan negara dari dijajah!!"
"Siapa nak jajah?"
"Bangsa asinglah, yahudi, yang nak jatuhkan Malaysia."
"Kenapa nak jajah?"
"Diorang jeles Malaysia ni maju kot."
Dan aku amat benci untuk stereotypekan golongan manusia tapi aku tidak jumpa bukti sebaliknya.
Selamat merdeka.