Sembilan tahun lalu..
Sebatang pen menari di atas kertas putih
Mencoretkan nukilan...
Sehelai kertas berconteng dakwat
Yang kau genggam...
Oktober
Musim luruh yang indah
Suram dan dingin
Perjalanan di lorong sunyi
Malam indah dengan bintang bersinar...
Bulan tidak kesunyian malam itu..
Berikan aku kekuatan
Untuk melahirkan kata-kata
Bersulam perasaan
Biar ilhamku tidak putus
Biar jariku terus menulis
Monday, October 27, 2008
Wednesday, October 22, 2008
dedikasi untukmu
Kau yang tabah..
Perjuangan suci yang kau turuti
Pegangan suci yang kau pegang
Tanpa lelah kau menerjang
Mengejar visi yang satu
Demi sahabat taulan
Demi kaum keluargamu
Demi tanah tercinta ini
Walau kau dicemuh, dituduh
Dilempar kata kesat hina
Dilontar tomahan sadis
Diusir berdekad jauh
Tanpa hormat
Tanpa pengiktirafan
Dari mereka yang menjual maruah
Atas nama kemerdekaan..
Kau yang gagah..
Tanpa sesal kau berdoa
Demi kami anak tanah ini
Yang lahir tanpa mengerti
Apa itu erti kesengsaraan
Apa itu erti kebebasan
Kini masamu tiba
Kau menutup mata selamanya
Meninggalkan kami
Dengan inspirasi perjuangan
Dengan cita-citamu
Yang kami warisi..
Terima kasih..dan selamat tinggal
Al-fatihah
dedikasi dan salutasi kepada
Shamsiah Fakeh
21 oktober 2008
Perjuangan suci yang kau turuti
Pegangan suci yang kau pegang
Tanpa lelah kau menerjang
Mengejar visi yang satu
Demi sahabat taulan
Demi kaum keluargamu
Demi tanah tercinta ini
Walau kau dicemuh, dituduh
Dilempar kata kesat hina
Dilontar tomahan sadis
Diusir berdekad jauh
Tanpa hormat
Tanpa pengiktirafan
Dari mereka yang menjual maruah
Atas nama kemerdekaan..
Kau yang gagah..
Tanpa sesal kau berdoa
Demi kami anak tanah ini
Yang lahir tanpa mengerti
Apa itu erti kesengsaraan
Apa itu erti kebebasan
Kini masamu tiba
Kau menutup mata selamanya
Meninggalkan kami
Dengan inspirasi perjuangan
Dengan cita-citamu
Yang kami warisi..
Terima kasih..dan selamat tinggal
Al-fatihah
dedikasi dan salutasi kepada
Shamsiah Fakeh
21 oktober 2008
Saturday, October 18, 2008
hari ini...
hari ini...
sekali lagi aku meredah hujan yang nyaman.
dengung petir umpama simfoni melalaikan
khayalan datang bersalut angan
hanyut dalam deruan rahmat
hari ini...
perjalanan jauh yang amat singkat
masa 2 jam bagaikan delapan saat
senyuman persis bidadari
yang bisa memberi seribu erti
mengarang rindu yang tak bersemi
hari ini...
bisa membuatku senyum sekali lagi
kerna aku tak mampu lagi bermimpi
biar realiti menjadi fantasiku
should i give up or should i just keep chasing pavement even if it leads nowhere?

Thursday, October 16, 2008
Stasis
aku tak mampu lagi bermimpi
biarlah realiti ini menjadi fantasiku
semalam,
aku berjalan bawah terik mentari
menitik keringat ke tanah
semata satu tujuan
menanti satu resolusi
dan aku amat takut
tentang suatu yang tak pasti
ilhamku tersekat
mindaku buntu
lidahku kelu
walau ini bukan kali pertama
melihat dari kejauhan
semalam,
aku berjalan dalam hujan lebat
meredah malam pekat
semata suatu harapan
tiada tempat bertahan
dan aku jadi begini
tak mampu lagi bermimpi
biarlah realiti menjadi fantasiku..
its a dream, its a possibility
biarlah realiti ini menjadi fantasiku
semalam,
aku berjalan bawah terik mentari
menitik keringat ke tanah
semata satu tujuan
menanti satu resolusi
dan aku amat takut
tentang suatu yang tak pasti
ilhamku tersekat
mindaku buntu
lidahku kelu
walau ini bukan kali pertama
melihat dari kejauhan
semalam,
aku berjalan dalam hujan lebat
meredah malam pekat
semata suatu harapan
tiada tempat bertahan
dan aku jadi begini
tak mampu lagi bermimpi
biarlah realiti menjadi fantasiku..
its a dream, its a possibility
Sunday, October 12, 2008
Gadis Kecil di Lensa..
hari mulia, rumah terbuka...
kunjungan sosial bagiku...
tanpa makna hakiki dalam hari ini..
4 jam pemanduan dalam kelam malam
destinasi tanpa kepastian..
dan kami tiba tatkala tetamu lain sudah beransur pulang..
tapi malam itu terus meriah..
di lensa kamera, merakam ragam pelawat lain..
gelagat keluarga sahabat handai taulan..
dan aku melarikan lensa ke setiap sudut..
senyuman gadis kecil itu menarik perhatian lensaku..
ibarat magnet berlainan kutub..
perasaan yang tercetus akibat familiariti..
wajah comel ibarat seseorang..
seseorang yang pernah dan masih..
it seems like a good idea before...

Friday, October 10, 2008
festiviti illusi
illusi itu kalutan
kalutan itu indah...jadi illusi itu juga indah..
dalam kehangatan api yang memasak rendang..
dalam kedinginan bayu malam..
aku terlentang akibat demam..
ucapan festiviti hari yang menggembirakan org lain..
si kalut berasa kosong..
apa yang perlu diisi kekosongan ini?
hati mati..jiwa terkesima..
dan letupan mercun sayup-sayup di kejauhan
si kalut menutup matanya..
minggu lalu berlalu dgn laju..
sahabat-sahabat yg lama menyepi bertandang
berkunjung ke masa silam yang kalut..
tapi kalut itu indah..
berikan soal kesepian
dan aku bekalkan jawapan kebahagiaan
si kalut tersenyum..
p/s:
thanx to sahabat-sahabat SD aku yg mengenali aku selama 11++ tahun yang lalu..
aku gembira
kepada yang cinta berputik kembali..
yang mencari dan mengumpulkan kami
yang tinggal di kampung menanam anggur
yang bekerja sudah di kotaraya ini
yang menjadi ibu kepada god daughter aku
yang bergelar dokter muda
yang bergelar jurutera kontrak
yang me'lembing percuma' video kawen
yang bekerja di syarikat bekalan air
yang memuji ibuku masak sedap
yang berofis di hadapan ofis aku
yang bersama dgn aku setia sepanjang masa
yang gagal pulang di hari raya
yang tak disebut kerana tiada idea..
dan juga
yang berkata "aku sayang kawan-kawan"
kerana kawan-kawan itu kalut
dan kalut itu indah....

Thursday, September 18, 2008
Cinta bukan sayang bukan Cinta
Sayang itu indah
Cinta itu gundah
Dalam kekhusyukan mereka bertadarus, mengindahkan malam mulia, mengumpul pahala, menjauhi neraka...
Kita memalingkan diri dari cahaya...Kita mencipta dosa baru..membuka jalan ke arah kemurkaan yang Maha Esa..
Aku bukan malaikat, manusia berdaulat..
Aku insan lemah...sesat di jalan selorong yang luas
Aku bersalah kerana tidak pulang
Aku bersalah kerana tidak menghilang
Aku bersalah kerana sebuah pengkhianatan yang bertopengkan sayang..
Dan aku mahu kau terus tersenyum pada esok hari...
Tanpaku di mindamu..
Dan aku mengharap ramadhan ini, merubahku..
Harap kalutan hidup hilang bak debu di angin lalu
*Tuhanku bersamaku..tapi aku masih menjauhi diri
Adakah hati ini telah mati?
Thursday, September 11, 2008
Implikasi
46 hari...
Cukup lama untuk merubah hidup seseorang..terutama yang insignifikan seperti penulis yang kalut dalam kekalutan ini..kembara mencari nurani gagal dan harapan tidak muncul kekal..
Jika marah dengan semua perkara di sekeliling..kita adalah orang yang gagal
Jika puas hati dengan semua keadaan penerimaan segalanya..kita adalah orang yang dangkal
Jadilah orang yang cekal, saudaraku

Monday, August 18, 2008
selepas matematik?
tanggungjawab perlu digalas oleh org yg melakukan perbuatannya.
implikasi setiap perbuatan itu berlainan sejajar dgn tindakan yang dilakukan
dan jika kamu melepaskan permata, untuk menggali timah..
pastikan kamu menjadi pemilik lombong bijih..
bukan hanya mendulang di air yang tidak jernih...
dan jika kamu mengayuh perahu bocor..
pastikan kayuhan itu ke tepian
bukannya ke tengah menuju lautan..

Friday, July 25, 2008
Kalutan Silam
Masa silam ialah suatu sejarah..
Tanpa masa silam tiadalah masa kini dan masa depan..
sejarah mengajar manusia..tentang hidup dan perancangan
Agar pisang tidak berbuah dua kali...
Agar kesilapan depan dapat dielak
Masa Silam juga mampu mengejar kita..
Menghukum kesilapan yang telah dilakukan
Memberi memori yang tak pernah luput...
Dan masa silam aku mengejar..untuk menghukum?
Tapi?.
Kenapa sekarang?
Kenapa hari ini?
Kenapa masa ini?
p/s:why don't we just be strangers?

Wednesday, July 23, 2008
konfesi
pengakuan adalah suatu kenyataan yang kuat..
pengakuan bersumpah ialah kenyataan yg berat dan sarat..
dan pengakuan juga boleh menghapuskan dosa?
dan melimpahkan bala?...
seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa membuat pengakuan kepada seseorang yang amat istimewa..yang tidak pernah memahami isi hatinya...
yang tidak pernah menilai peratusan kejayaan sebelum ini...
dan hari isnin yang penuh dgn peristiwa itu..sebuah pengakuan bersejarah..tanpa pertanyaan..tanpa balasan..tanpa konklusi...di kafe fakulti komunikasi...
pengakuan menjadi suatu penantian..
penantian menjadi suatu pengharapan..
pengharapan menjadi suatu impian...
dan..
andai kau tahu perasaan lelaki itu..
mungkin kau akan bersimpati..
atau hanya terus mengeji..
the jury's still out..

Thursday, July 3, 2008
Malam itu
semalam...
hari indah buatku..
ke'nervous'san diri yang melanda tatkala aku menjemput si dia di luar rumah..
gurauan sinis abang iparnya,
kesengalan 'wingman' aku dgn lawak sandal/selipar...
ketekadan 'cupid' yg menyelamatkan keadaan..
sepakan seseorang yg baru dpt gaji tepat ke lututku..
akhirnya aku muncul di gsc untuk tayangan filem Khabir tuh..
dan..
abg2 dan akak2 yg bertugas di Murni pada malam itu..
Nasi Goreng Napoleon 2, Chicken Chop 1, Roti Seafood, Spaghetti Meatball, Watermelon, Honey Dew, Strawberry 2, dan plg Special...Apple..
dan trak Mitshubishi Triton yg menghambur pasir di mata yg menyebabkan aku kehilangan depth of field selama 30 jam...
konklusinya ialah...
"Baizura mmg cun..tapi aku lebih memberi perhatian pada si dia yang matanya bercahaya di dalam panggung itu"
she said >i hd fun. .thnx again
Terma Kasih kpd cupid, wingman, org yg baru dpt gaji dan staff gsc yg cuti kerana tanpa anda..saya tidak akan menulis post ini...
-lex

Sunday, May 25, 2008
Hari Ini Aku..
Hari ini aku malas...
Sebulan menunggu wang sendiri dari pihak tak bertanggungjawab...
Wang refundku..yg boleh membantu tampung hidupku 2-3 bulan..
Dulu kerja setahun nak bayar...tapi bila mintak balik...
huhu
kekecewaan yang mendalam..
KOLEJ BODO! AKU MAHU WANGKU YG HANYA BEBERAPA RIBU ITU!!!
hari ini aku KALUT...

Friday, May 16, 2008
Kalut Itu Indah
Seorang anak kecil berlarian di tepi kolam ikan..pagi itu indah..kedamaian desa tersembunyi di pinggir belukar kecil..Di rumah paling hujung dari kilang batu bata..
Anak kecil itu membawa sebuah pancing yg dibuat daripada buluh..tangan nya berlumur tanah tatkala mengambil cacing untuk menjadi umpan pada hari itu..Dia menghayunkan pancingnya di tgh kolam dan tersenyum sambil menunggu ikan sepat mengulum cacing dan tersangkut di mata kailnya..dan dalam kepala anak kecil itu.."hidup amat membahagiakan, kekalutan hidup cuma fantasi yang tak dapat dibayangkan...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
17 tahun selepas itu..
Pemuda itu berwajah sungul, seperti sesuatu yang berat difikirkan di kepalanya..Hidup di ibukota yang amat mencabar minda dan kepercayaan..Dia tersepit dalam arus kekalutan hidup..Dan dia ingin kembali ke masa silam..Bersama pancing buluh, cacing, kolam dan ikan sepat..di rumah paling hujung dari kilang batu-bata..
Tatkala fikiran membawanya ke masa silam..Mindanya membuahkan sepotong ayat."kalut itu indah"

Label
budak kecil,
hidup,
kalut,
kalutan,
life,
pancing ikan,
weary
Subscribe to:
Posts (Atom)