setahun dah berlalu...disember panjang yang dilalui semakin berakhir..aku duduk sendirian di tepi sungai menunggu matahari terbenam hari ini...hanya untuk merasa suatu kesudahan dan meratap pengakhiran sebuah lagi kisah..
semua orang di sini ada perasaan. semua orang di sini memahami apakah maksud kesunyian dan kerinduan.. apabila melihat seseorang itu tersenyum, dan tahu bahawa dia takkan menjadi milik ku..aku patut putus asa dan bergerak ke hadapan, meninggalkan kenangan sekali lagi..tapi kali ini, kadar kesukaran bertambah sepuluh kali ganda..mungkin kegagalan aku memendam rasa yang bertahun, menipu perasaan aku yang selalu hilang..kegagalan yang aku lalui ketika berpaling muka mencari penyelesaian baru...kegagalan aku untuk meluahkan rasa sebenar pada orang yang sebenar..kegagalan aku untuk membuktikan aku wujud...
persetankan corgito ergo sum oleh descarte..aku berfikir tetapi gagal wujud..
dan kebenaran hanya suatu ilusi dicipta oleh idealist yang sentiasa tidakberpijak di bumi nyata..
and he looked at her with sad eyes, knowing he'd done the stupid thing, he could not stop himself, all these while missing the presence of her..he said, "you know I love you right?" she raised her head slightly, and mouthed out in her sweet voice..."but I don't"..
skrip terbaik abad ini..hanya untuk satu cliche' yang kita tonton setiap hari...
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
hari yang paling teruk di dunia part 1
hari ini sepatutnya hari gembira..
hari ini sepatutnya hari untuk tersenyum dan menari girang..
hari ini sepatutnya hari yang penuh gelak tawa dan kenangan indah..
tapi si kalut terus membuat perkara bodohnya..
dan mendengar kenyataan yang bisa meranap segala realiti..
dengan apologi...

Wednesday, December 9, 2009
Tuliskan satu perkara
kenapa aku menulis dalam prosa?
kerana ia mudah,
mudah dikunyah, mudah ditelan, mudah dihadam..
aku tak menulis untuk orang lain
sekurangnya tidak di sini...
dan aku tidak menulis banyak untuk diri sendiri..
mungkin aku malas, mungkin aku buntu
atau mungkin aku kurang jitu menulis hasrat kalbu..
aku tak pernah peduli penulisan aku di sini..
kerana tiada apa yang hendak dilindungi
lex

Monday, November 2, 2009
untuk pacik socrates
aku bijak kerana aku tau aku tidak mengetahui apa-apa..
terima kasih...
terima kasih...
Friday, October 16, 2009
rapikan melankolika
haha..
mari bergembira tanpa mempedulikan apa yang dibawa oleh hari esok
esok tak mungkin datang..
terima kasih
mari bergembira tanpa mempedulikan apa yang dibawa oleh hari esok
esok tak mungkin datang..
terima kasih
Sunday, August 2, 2009
semalam di kuala lumpur..
tenaga raksasa rakyat..
berpuluh ribu berhimpun..
tanpa perkiraan ras, agama atau kepercayaan politik
bersenjatakan semangat, air mineral dan garam
melaungkan perubahan...
menunjuk realiti kepada dunia..
dan aku di antaranya..
kami..
merah mata dengan tembakan gas
basah kuyup dibasahi air berkimia
dipukul cota, dimaki cerca
kalaulah kau ada di situ..
Saturday, August 1, 2009
Malam
malam ini dengan penuh klise aku di sini..
bersendiri..
menanti..
memerhati..
mengharap khabar..
dan kau berpesta di sana dengan temanmu..
semoga kau tersenyum..
walau apa terjadi..
Friday, July 31, 2009
Distraksi...
paranoia!!
obsesi!!
kenapa hari ini dos yang di sumbat ke otakku tak mencukupi?
aku tak sanggup kehilangan..lagi
walau sekecil manapun kewarasan yang tinggal
hati yang pecah dan remuk
berjahit dengan benang dawai dan rantai duri..
yang tak mungkin kau sanggup terima lagi..
kenapa??
kenapa aku terus melakukan perkara untuk orang lain?
kenapa aku mengaku salah pada diri sendiri?
sampai bila aku nak berbohong pada diri sendiri?
sampai bila aku nak terus tersenyum supaya kau tersenyum
dan akhirnya
kau melangkah meninggalkan aku lagi..
mungkin tak lama lagi..
siapa tahu...
Tuesday, July 28, 2009
kosong
bila tujuan itu tidak lagi wujud..
bila harapan itu tidak lagi bernyawa
bila hanya jasad bergerak
otak hanya mengeluarkan isyarat kepada modula oblongata
mulut tidak mampu berbicara
dan kosong...
Tuesday, June 16, 2009
Hujan itu Rahmat
tengah hari sampai malam cuaca panas dan sesak..
kalo jalan gi 7 eleven depan opis pon akan berpeluh satu badan..
panas?..mmg..
ade gak yang cakap pasal keadaan akan semakin berjerebu..
semua pasal kes-kes pembalakan hutan di negara seberang..
yang mmg tiap-tiap tahun kita kene hadapi dan lalui..
asal jun-ogos jek..mesti suratkhabar atau buletin utama akan keluarkan Indeks Pencemaran Udara..(IPU)..
entreprenuer2 yang berfikir akan mula menjual topeng-topeng ala nurse..
org2 di kedai mamak akan kutuk Indon..

tiap2 tahun gak buletin utama dan harian metro akan wat laporan konspirasi kebakaran hutan..
dan tiap2 tahun kita akan lupakan semua nie pas bulan september
tapi tahun ini lagi awal..
sebab puasa bulan 8..
Tapi bagi nocturnal cam aku ni, paling best drive, dan berjalan malam ialah pada awal2 pagi..
bergelandangan bak kate seorang kawan..
kene hujan lebat dalam perjalanan balik dari Kota Damansara..
bukak tingkap..hisap rokok...
cermin kabus..
dengar dramamime dari modest mouse..
fuh~~
Monday, May 25, 2009
Kembali?
dah lama dan bersawang dah tempat nie..haha..
sibuk gler dgn kerja..dah mengabaikan tempat aku mengasah bahasa kebangsaan..menulis tanpa pedulik pon ade orang bace ke tak..
ade siapakah yang pedulik?..
adakah aku patut kembali?...
pk...
mungkin patut...
jadikan tempat utk menajamkan skill sampai boleh mencantas dengan satu hayunan..hahahaha
lagipon org giler mmg cakap sorang2..

Saturday, March 28, 2009
Gelapnya Cahaya
Berteman sepi, komputer riba majikan dan minda yang memberontak
Malam masih cerah
Sorotan lampu limpah
Kenderaan masih bersepah
Masih gagal berhemah
Pelbagai sumpah seranah
Pesta malam ini
Penuh hipokrisi
Penuh dengan duri
Melukai tujuan suci
Aku hanyalah penonton
Melihat dari sisi tepi
Keramaian yang hingar-bingar
Perayaan tanpa sebarang erti
Oh bumi
Komersil telah membunuhmu
Dan kau menangis lagi
malam ini...
Malam masih cerah
Sorotan lampu limpah
Kenderaan masih bersepah
Masih gagal berhemah
Pelbagai sumpah seranah
Pesta malam ini
Penuh hipokrisi
Penuh dengan duri
Melukai tujuan suci
Aku hanyalah penonton
Melihat dari sisi tepi
Keramaian yang hingar-bingar
Perayaan tanpa sebarang erti
Oh bumi
Komersil telah membunuhmu
Dan kau menangis lagi
malam ini...
Monday, March 23, 2009
ape neraka?
haha..
persetan dengan pendapat dangkal dari orang-orang itu
terlalu sombong dengan setitik nikmat kurniaan
mendabik dada, mengangkat diri sendiri
darjat dijaja tanpa malu dan segan
hanya untuk seulas kurniaan
haha..
ketawalah sepuas hati kecilmu
terbukti sudah kebenaran hakiki
keadilan yang buta, diingkar mereka
namun kau tulus, mulus melihatnya
mereka akan sentiasa betul
dan kau tetap dipandang salah
kerana dunia ini tidak pernah adil
tidak pernah peduli
dan kita melihat kalutnya kabut
seiring dengan dinginya ribut
kita, orang yang tertindas
orang yang dipindas
tanpa kuasa tanpa nyawa
tanpa tulah, tanpa maruah
di mata mereka yang merah
namun kita mampu tersenyum
melihat hipokrasi ini
milik kita suatu rasa
yang tak pernah dipunya mereka
milik kita suatu semangat
yang mampu meruntuh daulat
milik kita suatu harapan
yang cerah meredah lautan
milik kita suatu kebebasan
yang bakal merencana haluan
milik kita suatu hati
yang tidak akan selamanya mati..
p/s: this is open to intrepetation..

Wednesday, March 11, 2009
Hidup Mahu (Terus) Kerja
Kerja..
Apa kerja?ekonomi dah gerhana
Aku carik kerja sana-sini
Hari-hari temuduga, temujanji
Hari-hari naik bas, jalan kaki
Takde duit beli nasi, makan roti
Kerja..
Syukur untuk sesuap nasi
Cukup untuk sebungkus rokok sehari
Hari-hari kira duit, fikir bajet
Hari-hari ilmu hisab, kira baki
Takde duit nak blik, tido opis
Dan kamu masih bergumbira
Dan kamu masih bertemasya
Dalam kalutan irama sesatnya
*haha..first day kerja baru dah tido kt opis..kalut sungguh..demi duit..

Thursday, February 19, 2009
Buku Teks Sekolah Rendah
1959...
Saya ada kawan..Nama mereka Ahcong dan Ramasamy. Ahchong tinggal di sebuah rumah kedai di pekan. Bapa Ahcong membuka sebuah kedai runcit di bawah rumahnya. Ibu Ahcong membantu bapanya menguruskan perniagaan kedai runcit itu. Keluarga Ahcong juga bercucuk tanam sayur di sebuah kebun kecil yang terletak di belakang rumahnya. Ramasamy pula tinggal di sebuah estet. Bapa dan Ibu Ramasamy bekerja sebagai penoreh getah di estet itu. Estet itu dimiliki oleh seorang berbangsa Inggeris yang dipanggil Tuan Brown.
Ahcong dan Ramasamy adalah kawan baik saya. Kami selalu bersama-sama pergi dan balik sekolah. Semasa pergi, saya menunggu Ramasamy di hadapan simpang estet setiap pagi. Kemudian kami bersama-sama berjalan ke pekan dimana Ahcong menunggu kami di hadapan rumahnya. Ketika dalam perjalanan pulang, kami selalu singgah di rumah Ahcong. Ibu Ahcong selalu memberikan Aiskrim potong untuk bekal kami pulang ke rumah ketika cuaca panas di waktu tengah hari. Kami akan belajar berkumpulan pada hujung minggu di rumah saya. Ibu saya selalu memasak goreng pisang atau cengkodok untuk dimakan bersama pada waktu petang. Kami belajar untuk menghadapi peperiksaan penilaian darjah lima agar kami dapat masuk ke sekolah Inggeris. Kami sering pergi bermain di rumah Ramasamy. Keadaan persekitaran kebun getah yang redup dan lapang itu amat sesuai dibuat tempat bermain. Kami juga berharap dapat memiliki ladang getah seperti Tuan Brown.
2009...
Sekarang saya sudah menjadi seorang arkitek terkemuka di Kuala Lumpur. Syarikat saya telah terkenal di seluruh dunia dan saya telah terlibat dengan pembinaan bangunan yang canggih di seluruh dunia. Kawan-kawan saya juga telah berjaya. Ahcong kini seorang Akauntan yang terkenal juga berpusat di Kuala Lumpur. Syarikatnya juga merupakan auditor syarikat saya dan Ramasamy. Ramasamy menjadi Peguam yang terkemuka dan pejabatnya terletak di bangunan bersebelahan bangunan saya. Dia juga adalah penasihat undang-undang syarikat saya.
Saya sayang Malaysia...

Monday, February 16, 2009
SURVIVOR IDOL FANTASIA
tatkala sedang bekerja..di sebuah masjid yang terkemuka di sebuah ibukota
alat komunikasiku berbunyi..khidmat pesanan ringkas dari seorang pemberita di selangor...
"u leh carikkan gambar bogel ***************?"
heh?..sejak bila si kalut ini menjadi pengedar bahan-bahan yang terlarang?..namun gambar yang diminta ini bukanlah gambar anonimus murid sekolah menengah bertudung putih berkain biru..mahupun wayang gambar jepun gred A...tapi seorang ahlil politikus yang agak rupawan..
ya..NEGARAKU semakin panas...semakin sensasi..semakin seksi...umpama menonton rancangan hiburan di ahad pagi...sebut saja segala jenis perlakuan hedonisme..dari golongan atasan ke golongan bawahan..semuanya boleh dilihat hanya dengan membaca akhbar arus perdana..atau arus alternatif(atau rakyat?)
hahaha...jikalau RTM hendak menambah dana keuntungan, tak perlu lagi melakukan sesi 'pitching' yang memenatkan serta menambah beban kerjaku...lancarkan saja siri realiti terbaru yang original (bermaksud 'meminjam' karya orang tapi menukar nama dan sikit2 treatment) khas untuk golongan yang terhebat ini..syarat-syarat menjadi peserta ialah..
1)dilobi menjadi calon eleksi
2a)diundi untuk menang eleksi atau
2b)menjadi popular walaupon undi tak cukup untuk menang eleksi
3)menafikan sekeras-kerasnya segala tomahan serta bukti yang dilemparkan umpama tahi di jalanan..
tiada had masa atau had bilangan calon
calon boleh bertambah saban hari
pemenang akan dapat memerintah atau memanipulasikan nasib sebuah negara..
berminat?
p/s: yes i'm losing it..

Wednesday, February 11, 2009
antara ribut dan kabut
jalan pudu amat sinonim dengan kesesakan lalu lintas
deretan bas, kereta dan manusia
berpadu di sbatang jalan yang nostalgik dan bersejarah ini.
pagi semalam bagaimanapun tersentak dengan kekalutan luar biasa di situ..
seawal jam 9, trafik langsung tidak bergerak dari jejantas majestic..
Setengah jam kemudian ku melihat puncanya...
Sebuah bas menggelonsor sebelum melanggar gerai nasi lemak..
Seorang mati..
Dan setengah jam kemudian kulihat pula
Sekumpulan manusia berkain kuning dililit di dahi
dan sepanduk serta slogan di tangan-tangan mereka
melaungkan daulat kepada manusia biasa...
Di hadapan kamera, berteman polis-polis setia
"Oh...org-org ni berpiket sebab makcik kene langgar bas..untung makcik nie.."

Thursday, February 5, 2009
Demi masa ini
Kabut kota bersulam karbon monoksida
Kalutan jiwa mengaspirasi kejutan minda
Diskusi kosong setiap hari, tanpa henti
Persetankan relevansi, hancurkan mentaliti
Masa yang tanpa pengisianya
Ku lalui...
Semalam,
Tanpa tujuan untuk satu perayauan
Tanpa sebab untuk satu kepastian
Perjalanan kosong mencari arah hidup
Bertemankan kompas rosak dan peta koyak
Serta batang racun yang berkotak-kotak
Dan pena yang terus menari di helaian kertas
Dari sebuah buku lusuh..
Memerhati perlakuan anak-anak adam
Mencari signifikasi ketamadunan
Apa yang aku jumpa?
Menambah satu lagi kekosongan emosi
Masa yang tanpa pengisiannya
Ku lalui..
Malam-malam makin gelap
Disadur asap-asap kelabu
Yang membawaku tinggi ke langit
Tanpa kerisauan, tanpa masalah
Malah tanpa perasaan
Buat masa yang sekejap
Merasai kegembiraan hakiki
Memanipulasi masa, mengksploitasi abstak
Justifikasi yang positif...?
Namun bila kembali ke realiti,
Semua masih lagi kosong...
Masa yang tanpa pengisiannya
Ku lalui..
Dan hari ini..
Prosa untuk kata-kata
Tiada yang berubah
Tiada yang beristilah
Masa yang tanpa pengisiannya
Ku lalui, saban hari...

Monday, January 12, 2009
peluang dan harapan
enam bulan dahulu...
optimis yang terketara, di sokong oleh sahabat2 setia...
mana mereka sekarang?
mana rakanku yang menyokong episod kalut kisah ini?
mana sahabatku yang sentiasa kutemani?
yang kupentingkan kerjayanya?
yang membantuku di kala sempit?
yang berhibur bersama di panggung?
yang mampu menegur kedurjanaanku?
yang tulus mendengar musibahku
kerana aku membuat keputusan begini?
kerana aku membuat keputusan sendiri?
pernahkah kamu bertanya padaku?
bagaimana aku berfikir begini?
kamu fikir kamu mampu mengubahku?
dan kamu berjaya mungkin
jika tidak,
mengapakah aku merasa kehilangan kau?
mungkin kamu tidak kenal siapaku sebenarnya
bila masa silamku menerjah
dan kau lihat aku berubah
pernahkah kau berfikir yang aku memang begitu
tapi pernahkah aku menipumu?
pernahkah aku melanggar janjiku?
kini satu lagi tembakan peluru hidup
merobek paru-paru kananku...
walaupun ini kesalahanku
aku tak sepatutnya bersuara..
aku tak sepatutnya menjadi berani
aku tak spatut meletak harapan
demi peluang yang tak mungkin muncul tiba
mungkin memang begini episod kalutan hidup
aku bukan sedarjat dengan kamu semua
memang kesilapanku
berharap peluang akan tiba
untuk mengubat segala duka
'klise hidup kamu' ujar seorang rakan
aku tak minta begini
walau apa yang kamu semua fikirkan
walau kau tak pernah tahu segala yang kulakukan
untukmu, untuk kebaikan mu
maafkan aku kerana muncul dalam hidup kamu
maafkan aku kerana mengenali namamu
maafkan aku kerana gagal menjadi
orang yang kamu harapkan
walau aku masih berharap
keadaan menjadi seperti sebelumnya..
p/s:hanya maria dan dolah tak pernah meninggalkan aku..walau aku senantiasa cuba lari dari mereka

Friday, January 2, 2009
Selamat Datang
selamat datang wahai harapan
selamat tinggal wahai kenangan
tahun lalu meninggalkan seribu kenangan, manis dan pahit
seribu persoalan serta jawaban
seribu erti serta konfusi
seribu indah serta derita
di saat anak muda berdansa di tengah padang
di ruang sesak yang malap
di ruang tamu yang meriah
di saat anak muda bersorang gembira
melaungkan harapan
menzahirkan cita
mensuratkan azam
di saat itu
kalutan menjadi ribut api
menghentam sisi konkrit rumah kecil
meranapkan isinya
menhentam hati penghuninya
sampaikan doa tahun baruku di sana..
Allah Maha Besar...

Subscribe to:
Posts (Atom)