Thursday, September 18, 2008

Cinta bukan sayang bukan Cinta


Sayang itu indah

Cinta itu gundah


Dalam kekhusyukan mereka bertadarus, mengindahkan malam mulia, mengumpul pahala, menjauhi neraka...


Kita memalingkan diri dari cahaya...Kita mencipta dosa baru..membuka jalan ke arah kemurkaan yang Maha Esa..


Aku bukan malaikat, manusia berdaulat..

Aku insan lemah...sesat di jalan selorong yang luas


Aku bersalah kerana tidak pulang

Aku bersalah kerana tidak menghilang

Aku bersalah kerana sebuah pengkhianatan yang bertopengkan sayang..


Dan aku mahu kau terus tersenyum pada esok hari...

Tanpaku di mindamu..


Dan aku mengharap ramadhan ini, merubahku..

Harap kalutan hidup hilang bak debu di angin lalu


*Tuhanku bersamaku..tapi aku masih menjauhi diri

Adakah hati ini telah mati?


Thursday, September 11, 2008

Implikasi

46 hari...

Cukup lama untuk merubah hidup seseorang..terutama yang insignifikan seperti penulis yang kalut dalam kekalutan ini..kembara mencari nurani gagal dan harapan tidak muncul kekal..

Jika marah dengan semua perkara di sekeliling..kita adalah orang yang gagal
Jika puas hati dengan semua keadaan penerimaan segalanya..kita adalah orang yang dangkal
Jadilah orang yang cekal, saudaraku