Friday, June 25, 2010

Sepuluh Tahun?

Aku suka berjalan di waktu malam sunyi. Lewat 3-4 pagi.
Waktu majoriti beradu mimpi di ranjang, melepas penat selepas berjuang.

Waktu paling sunyi, walau di kota tanpa tidur ini.
Buat aku berfikir, tentang dunia, tentang hidup..

Tetapi malam ini, otakku benak..aku menglamun sambil meredah kepekatan malam bertemankan asap nikotina dan salakan anjing dari kejauhan.

Angin malam membawaku ke masa silam. Sewaktu aku masih mentah dengan godaan dunia.
Si Kalut yang Naif dan Optimis.

Punya segala. Kebahagiaan, kepandaian, harapan masa depan cerah, cita-cita yang tinggi...dan mungkin cinta..

Cinta yang pertama kali dirasa manisnya. Remaja kota naif yang hanya mengenal nilai gembira, yang tidak pernah meminta lebih. Mabuk kerana meneguk nikmat terulung dunia.

Dan bila ia musnah, yang melompat lebih tinggi akan terhempas lebih parah.

Dan aku kebumikan remaja naif itu bersama kenaifan, cita-cita serta harapannya.

Aku masih rindukan kenangan itu