Monday, October 27, 2008

Oktober..

Sembilan tahun lalu..
Sebatang pen menari di atas kertas putih
Mencoretkan nukilan...
Sehelai kertas berconteng dakwat
Yang kau genggam...

Oktober
Musim luruh yang indah
Suram dan dingin
Perjalanan di lorong sunyi
Malam indah dengan bintang bersinar...
Bulan tidak kesunyian malam itu..

Berikan aku kekuatan
Untuk melahirkan kata-kata
Bersulam perasaan
Biar ilhamku tidak putus
Biar jariku terus menulis

Wednesday, October 22, 2008

dedikasi untukmu

Kau yang tabah..
Perjuangan suci yang kau turuti
Pegangan suci yang kau pegang
Tanpa lelah kau menerjang
Mengejar visi yang satu
Demi sahabat taulan
Demi kaum keluargamu
Demi tanah tercinta ini
Walau kau dicemuh, dituduh
Dilempar kata kesat hina
Dilontar tomahan sadis
Diusir berdekad jauh
Tanpa hormat
Tanpa pengiktirafan
Dari mereka yang menjual maruah
Atas nama kemerdekaan..

Kau yang gagah..
Tanpa sesal kau berdoa
Demi kami anak tanah ini
Yang lahir tanpa mengerti
Apa itu erti kesengsaraan
Apa itu erti kebebasan

Kini masamu tiba
Kau menutup mata selamanya
Meninggalkan kami
Dengan inspirasi perjuangan
Dengan cita-citamu
Yang kami warisi..

Terima kasih..dan selamat tinggal

Al-fatihah

dedikasi dan salutasi kepada
Shamsiah Fakeh
21 oktober 2008

Saturday, October 18, 2008

hari ini...

hari ini...
sekali lagi aku meredah hujan yang nyaman.
dengung petir umpama simfoni melalaikan
khayalan datang bersalut angan
hanyut dalam deruan rahmat

hari ini...
perjalanan jauh yang amat singkat
masa 2 jam bagaikan delapan saat
senyuman persis bidadari
yang bisa memberi seribu erti
mengarang rindu yang tak bersemi

hari ini...
bisa membuatku senyum sekali lagi
kerna aku tak mampu lagi bermimpi
biar realiti menjadi fantasiku

should i give up or should i just keep chasing pavement even if it leads nowhere?

Thursday, October 16, 2008

Stasis

aku tak mampu lagi bermimpi
biarlah realiti ini menjadi fantasiku

semalam,
aku berjalan bawah terik mentari
menitik keringat ke tanah
semata satu tujuan
menanti satu resolusi

dan aku amat takut
tentang suatu yang tak pasti
ilhamku tersekat
mindaku buntu
lidahku kelu
walau ini bukan kali pertama
melihat dari kejauhan

semalam,
aku berjalan dalam hujan lebat
meredah malam pekat
semata suatu harapan
tiada tempat bertahan

dan aku jadi begini
tak mampu lagi bermimpi
biarlah realiti menjadi fantasiku..


its a dream, its a possibility

Sunday, October 12, 2008

Gadis Kecil di Lensa..

hari mulia, rumah terbuka...
kunjungan sosial bagiku...
tanpa makna hakiki dalam hari ini..

4 jam pemanduan dalam kelam malam
destinasi tanpa kepastian..
dan kami tiba tatkala tetamu lain sudah beransur pulang..

tapi malam itu terus meriah..
di lensa kamera, merakam ragam pelawat lain..
gelagat keluarga sahabat handai taulan..
dan aku melarikan lensa ke setiap sudut..
senyuman gadis kecil itu menarik perhatian lensaku..
ibarat magnet berlainan kutub..
perasaan yang tercetus akibat familiariti..
wajah comel ibarat seseorang..
seseorang yang pernah dan masih..

it seems like a good idea before...

Friday, October 10, 2008

festiviti illusi

illusi itu kalutan

kalutan itu indah...jadi illusi itu juga indah..
dalam kehangatan api yang memasak rendang..
dalam kedinginan bayu malam..
aku terlentang akibat demam..

ucapan festiviti hari yang menggembirakan org lain..
si kalut berasa kosong..
apa yang perlu diisi kekosongan ini?
hati mati..jiwa terkesima..
dan letupan mercun sayup-sayup di kejauhan
si kalut menutup matanya..

minggu lalu berlalu dgn laju..
sahabat-sahabat yg lama menyepi bertandang
berkunjung ke masa silam yang kalut..
tapi kalut itu indah..
berikan soal kesepian
dan aku bekalkan jawapan kebahagiaan
si kalut tersenyum..

p/s:
thanx to sahabat-sahabat SD aku yg mengenali aku selama 11++ tahun yang lalu..
aku gembira
kepada yang cinta berputik kembali..
yang mencari dan mengumpulkan kami
yang tinggal di kampung menanam anggur
yang bekerja sudah di kotaraya ini
yang menjadi ibu kepada god daughter aku
yang bergelar dokter muda
yang bergelar jurutera kontrak
yang me'lembing percuma' video kawen
yang bekerja di syarikat bekalan air
yang memuji ibuku masak sedap
yang berofis di hadapan ofis aku
yang bersama dgn aku setia sepanjang masa
yang gagal pulang di hari raya
yang tak disebut kerana tiada idea..
dan juga

yang berkata "aku sayang kawan-kawan"

kerana kawan-kawan itu kalut
dan kalut itu indah....